.

people in black

Friday, October 22, 2010

beliau masih mampu tersenyum

salam readers.
hari nie rasa penat sangat. dari tengahari sampai lah ke malam stay kat fakulti untuk buat discussion with my hardworking friends. huhu. otak nie rasa macam dah tepu. betul tak aina, husnul, aisyah and yana? hehe.
biasalah tu. sekarang kan tengah musim final exam. cepatlah habis final exam nie oi. aku dah tak larat dah nie. *padahal study baru sikit dah tak larat. hampeh!* urmm. tadi bila on the way nak balik kolej, aku dengan member-member yang lain pergilah tunggu bas macam biasa kan. then, ternampak lah seorang pakcik nie sambil beliau memegang erat tongkatnya. dalam hati aku, ouh pakcik nie buta rupanya. sayu dan sedih jer aku tengok pakcik nie. mata dah tak nampak, tapi keadaan fizikalnya yang lain masih baik lagi. alhamdulillah.


can you help him?
10 minit kemudian, bas 6K (bas untuk pergi ke stesen komuter) pun lalu. yang paling sakit hatinya, bas tu tak berhenti pun! geram! tak nampak ke ada orang kat bustop nie?! huh! tiba-tiba teringat kat pakcik buta tadi. dia nak pergi ke mana? kami pun bertanya lah kat pakcik buta tu.
aku : pakcik. pakcik nak naik bas apa?

pakcik : pakcik nak naik bas 6K. (sambil mukanya tersenyum manis)
aku : ouh ye ke. bas 6K baru je lalu tadi pakcik. tapi bas tu tak berhenti pun. minta maaf yer pakcik sebab kami tak tahu yang pakcik nak naik bas tadi. (muka penuh rasa serba salah)
pakcik : bas tadi baru lalu? tak apalah. pakcik tunggu bas yang lain datang. (mukanya masih lagi tersenyum)
kesiannya pakcik tu. dah lah buta. seorang-seorang pula tu malam-malam nie. rasa kesian and sayu sangat-sangat tengok pakcik tu. tapi apa yang aku boleh buat? aku tak mampu untuk sembuhkan mata pakcik tu. itu semua di luar kekuasaanku. hanya ALLAH yang mampu menyembuhkan matanya. :(


tak lama lepas tu, bas 6K pun lalu. nasib baik bas kali nie berhenti. lega rasanya. aku pun terus memimpin pakcik tadi dengan berhati-hati naik bas. perasaan sedih dalam hati nie masih lagi menghantui aku. pakcik, semoga pakcik selamat sampai ke destinasi pakcik yer. :')

Ya ALLAH, begitu tabah sekali pakcik itu meneruskan hidupnya walaupun Engkau telah menarik nikmat penglihatannya. beliau masih lagi mampu tersenyum walaupun berada di dalam keadaan yang serba kekurangan. Maha Suci Engkau Ya ALLAH! Engkau telah mengaturkan setiap sesuatu itu dengan bersebab. Hanya Engkaulah Tuhan yang maha kuasa!

bila teringat kat pakcik tu, aku melihat balik diri aku yang hina ini. alhamdulillah dan syukur kerana aku dikurniakan penglihatan dan nikmat jasad yang sempurna. aku bersyukur di atas segalanya. segala nikmat-Mu sudah cukup bagiku untuk meneruskan hidup yang penuh liku ini. Terima kasih Ya ALLAH! alhamdulillah.

9 comments:

masam.atie.manis said...

alhamdulillah, stiap kjdian ade hikmah sadiq kan? :)

asyhcantik said...

bangga pak cik roslan.=)

nur iema said...

sadiq! aku terharu... siyes bila pkcik 2 kta nk nek bas 6k rasa bersalah gila bas 2 dh blah... nseb baek da lg ea pastu...

kita pn kna contohi pkcik 2..
sabar menghadapi ujian..

together we stand..
love~husnul

eykameow said...

aku menangis baca post ko yg ni.. sedih . tp memang betul ko ckp.. alhamdulillah....kita di beri kan penghilatan yg jelas oleh NYA :')

miss sadiq! said...

atie : betul tu atie. ader hikmahnya. just kita jer tak nampak lagi.

husnul : kesian pakcik tu kan? serbab salah ouh. urmm. yes! together we stand! :)

ecah : saye nak jadi anak yg baek. :)

eykameow : bersyukur di atas kurniaanNya. :)

nurul amira said...

sadiq. i love this post :)

miss sadiq! said...

yoshi : :)

seri said...

;)) masa tu hujan renyai renyai kan?

miss sadiq! said...

Yup2. Memang dramatic sungguh.