.

people in black

Sunday, October 31, 2010

6th paper : amali kimia !

alhamdulillah. 5 paper final dah pun lepas! huh! lega! tapiiii...
semua paper yang dah lepas nie, semuanya tough-tough ler. susah lor bagi aku yang kurang cerdik nie nak jawab soalan-soalan yang susah macam tuh. haiyo. hubungan etnik pun susah! perghhh. tapi, apesal past year paper lagi senang huh? ini DISKRIMINASI ! haha!
"Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan nagatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Tuntasnya, diskrimasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata."
( sumber : buku hubungan etnik)
huh? soalan nie aku betul tak tadi eh? haha! what the fishcake?
moOd : deppressed

never mind lorh. let by gone be by gone.(apa makna nya entah. hehe) so kepada kawan-kawanku, semoga berjaya untuk paper second last kita nie ya! go go amali kimia! aissshh. papai!
yellow+pink=sirap bandung. =___=''

Friday, October 29, 2010

4th and 5th paper : academic communication and hubungan etnik !

wah! cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar rupanya dah 3 paper dah habis! huhu. ok next mission for the next 2 paper. esok, AHAD yer kawan-kawan. dan hari AHAD nie jugalah aku ada 2 paper yang menanti. huh! ahad kot. hari untuk semua orang bersenang-lenang dengan beristirehat. tapi nak buat macam mana kan. dah jadual nya macam tu. follow jer lah.

8.30 pagi : academic communication
3.30 petang : hubungan etnik
hey, hari ini hari SABTU lah. haha! aku suka sangat hari ini. :D
30 october 2010
terima kasih banyak-banyak yer kat family and kawan-kawan ku yang wish. jasa anda dikenang ! heee~

Thursday, October 28, 2010

3rd paper : basic food science !

alhamdulillah.
dua paper dah pun lepas.

esok pagi paper major untuk course aku nie.

" BASIC FOOD SCIENCE "
ok sampai sini jer.
nak sambung baca notes.
haha! last minute study :p

Wednesday, October 27, 2010

2nd paper : teknik maths !

alhamdulillah.
first paper organic chemistry pagi tadi sudah pun selesai menjawab nyer. apa?
senang ker susah? mestilahhhh .............
urmm. malas dah nak fikir. just nak move on to the next paper.

a killing subject!

hello mr.maths? how are you? i will visit you tomorrow evening ya! sharp at 12 o'clock! hehe.
okies. time to study. chaiyok2 sadiq ! lagi 6 paper JER lagi ! haha!

Tuesday, October 26, 2010

masanya sudah tiba!

errrrrr. esok dah start dah first paper for my final exam! subjek organic chemistry. huh. cuak, takut, nervous and macam-macam lagi lah yang aku rasa sekarang nie. hopefully semuanya akan berjalan lancar sepanjang final exam nie.

goodbye books.

"YA ALLAH, ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN INI YA ALLAH. TENANGKANLAH HATI-HATI KAMI DAN HINDARILAH KAMI DARIPADA PANIK KETIKA MENJAWAB SOALAN. AMIN."
ada satu benda yang buat aku rasa sedih sangat time nie. urmmm. kawan aku time sekolah menengah dulu tengah sakit. sampai sekarang tak sedarkan diri lagi. dia masuk icu. aku dengar cerita dia collapsed lepas habis marathon kat kolej dia. then, liver and kidney dia not functioning well. Ya Allah, sedihnya aku rasa. ok ker dia? sanggup ker dia tahan semua nie? tabah ker dia? aku berdoa agar kawanku ini, SYAZWAN cepat sembuh dan sihat seperti selalu.

wan, kau kena cepat sembuh tau!

"YA ALLAH, ENGKAU RINGANKANLAH BEBAN KAWANKU INI YA ALLAH. SEMOGA DIA CEPAT SEMBUH DAN DAPAT BERTAHAN DENGAN UJIAN-MU INI. AMIN. "

p/s : good luck juga kepada member-member yang akan/tengah sit for the examination ! :)

Friday, October 22, 2010

beliau masih mampu tersenyum

salam readers.
hari nie rasa penat sangat. dari tengahari sampai lah ke malam stay kat fakulti untuk buat discussion with my hardworking friends. huhu. otak nie rasa macam dah tepu. betul tak aina, husnul, aisyah and yana? hehe.
biasalah tu. sekarang kan tengah musim final exam. cepatlah habis final exam nie oi. aku dah tak larat dah nie. *padahal study baru sikit dah tak larat. hampeh!* urmm. tadi bila on the way nak balik kolej, aku dengan member-member yang lain pergilah tunggu bas macam biasa kan. then, ternampak lah seorang pakcik nie sambil beliau memegang erat tongkatnya. dalam hati aku, ouh pakcik nie buta rupanya. sayu dan sedih jer aku tengok pakcik nie. mata dah tak nampak, tapi keadaan fizikalnya yang lain masih baik lagi. alhamdulillah.


can you help him?
10 minit kemudian, bas 6K (bas untuk pergi ke stesen komuter) pun lalu. yang paling sakit hatinya, bas tu tak berhenti pun! geram! tak nampak ke ada orang kat bustop nie?! huh! tiba-tiba teringat kat pakcik buta tadi. dia nak pergi ke mana? kami pun bertanya lah kat pakcik buta tu.
aku : pakcik. pakcik nak naik bas apa?

pakcik : pakcik nak naik bas 6K. (sambil mukanya tersenyum manis)
aku : ouh ye ke. bas 6K baru je lalu tadi pakcik. tapi bas tu tak berhenti pun. minta maaf yer pakcik sebab kami tak tahu yang pakcik nak naik bas tadi. (muka penuh rasa serba salah)
pakcik : bas tadi baru lalu? tak apalah. pakcik tunggu bas yang lain datang. (mukanya masih lagi tersenyum)
kesiannya pakcik tu. dah lah buta. seorang-seorang pula tu malam-malam nie. rasa kesian and sayu sangat-sangat tengok pakcik tu. tapi apa yang aku boleh buat? aku tak mampu untuk sembuhkan mata pakcik tu. itu semua di luar kekuasaanku. hanya ALLAH yang mampu menyembuhkan matanya. :(


tak lama lepas tu, bas 6K pun lalu. nasib baik bas kali nie berhenti. lega rasanya. aku pun terus memimpin pakcik tadi dengan berhati-hati naik bas. perasaan sedih dalam hati nie masih lagi menghantui aku. pakcik, semoga pakcik selamat sampai ke destinasi pakcik yer. :')

Ya ALLAH, begitu tabah sekali pakcik itu meneruskan hidupnya walaupun Engkau telah menarik nikmat penglihatannya. beliau masih lagi mampu tersenyum walaupun berada di dalam keadaan yang serba kekurangan. Maha Suci Engkau Ya ALLAH! Engkau telah mengaturkan setiap sesuatu itu dengan bersebab. Hanya Engkaulah Tuhan yang maha kuasa!

bila teringat kat pakcik tu, aku melihat balik diri aku yang hina ini. alhamdulillah dan syukur kerana aku dikurniakan penglihatan dan nikmat jasad yang sempurna. aku bersyukur di atas segalanya. segala nikmat-Mu sudah cukup bagiku untuk meneruskan hidup yang penuh liku ini. Terima kasih Ya ALLAH! alhamdulillah.

Thursday, October 21, 2010

selamat hari bahagia tok!

hari nie, 21 october merupakan hari lahir nenekku yang paling aku sayangi.
selamat hari jadi tok!
semoga tok sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.
sorry sebab tak dapat nak celebrate sama-sama.
sadiq sayang tok! :)

p/s : tiba-tiba teringat time kecil-kecil dulu. tok selalu buatkan aku air milo lepas tu letak dalam botol susu. sedap sangat. botol susu? ke botol milo? terima kasih tok!

Wednesday, October 20, 2010

MISS call :)

tadi time tengah berfacebooking and blogwalking, tiba-tiba handset aku vibrate. normal lah tu kan. aku baru jer nak angkat phone tapi rupa-rupanya just a misscall jer. then, aku tengok lah siapa yang misscall aku. terkejut beruk makye aku bila tengok nama I.S (bukan nama sebenar) tertera kat skrin phone!

biar betul. I.S dah lama sangat-sangat kot tak contact aku. paling last pun time I.S bagi message raya. urmm. pelik nya. tapi dalam hati, aku rasa happy sangat-sangat! sebab kiteorang dah lama tak sembang. tak macam dulu lagi. so sad. tapi aku tak tahu apa motif I.S misscall. saja-saja jer ke? entah lah.


Dear I.S,
AKU RINDU KAT KAU LAH! :')

Tuesday, October 19, 2010

jom release tension :)

aiyo! tension nya! sekarang nie tengah musim final exam kan? dekat wall facebook sekarang nie penuh jer dengan status-status stress. aku baca bertambah-tambah stress aku. haha! final exam aku will be starting on 27 october nie. lagi seminggu jer. =__=' study pun macam tak start lagi jer aku nie. aishhh. =______=''



so, bertungkus-lumus ler semua students study! mengerikan jer tengok certain member-member kita berhempas-pulas study sedangkan kau aku just duduk relax online facebook jer. huh! pemalas!

ada juga yang sambil study sambil tidur. hehe. nie nama nya "STUDO". aku lah tu. opps! tapi nak buat macam mana kan. at least kita study. betul tak? :p

maka dengan itu terjadilah sindrom yang kian meluas dalam kalangan pelajar. STRESS! siapa tak kenal kan dengan MR.STRESS kita nie?

relax yer kawan-kawan. MR.STRESS nie biasa lah. selalu sangat nak duduk dekat-dekat dengan kita. MR.STRESS nie suka kita kot? hehe. tapi kita tak suka MR.STRESS kan? siapa setuju buat muka stress sikit ! +___+


bila kita dah stress, kita mesti lah berkawan pula dengan MR.COOL nie pula. baru rasa tenang sedikit hati dengan fikiran nie. tak adalah serabut asyik nak focus study jer kan. :)


MR.COOL nie dapat membantu kita tau!


supaya kita tak panik time dalam exam hall nanti. bila dah panik, semua yang kita dah study tiba-tiba jadi blur! huh! minta-minta dijauhkan ler daripada blur time tengah jawab exam.

tapi kena ingat juga yer kawan-kawan. MR.COOL nie just dapat relaxkan kita jer. kita kenalah berusaha juga. study smart not study hard yer. usaha tangga kejayaan! *ayat cikgu sekolah rendah aku dulu. hehe.

bila dah berusaha dengan penuh semangat, barulah kita semakin hampir dengan MR.SUCCESS nie. MR.SUCCESS nie semua orang suka kat dia tau. I love u more lah! hihi.


haaa. kalau nak MR.SUCCESS nie suka kat kita juga, mestilah ada cara-caranya. macam nie :

susah tau nak bagi MR.SUCCESS nie suka kat kita. kena bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kerja/tugasan yang telah diberikan. tapi kan, tak kan lah kita nak berjaya seorang-seorang kan?


macam mana pula dengan rakan-rakan seperjuangan kita yang lain? takkan nak biarkan mereka gagal pula?


so, kena lah berjaya sama-sama! janganlah pentingkan diri sendiri jer ok. member-member yang lain pun nak juga rasa berkawan dengan MR.SUCCESS nie. kawan-kawan pun penting juga tau. nak buat study group senang. :)

dari dulu lagi aku selalu jer dengar pepatah english nie :

haha! nampak macam betul jer kan. hihi. ye lar, mana tak nya. bila kita dah pulun study, tiba-tiba result yang kita dapat amatlah mendukacitakan. mesti kita rasa down gila-gila kan. urmm. :(


tapi jangan risau. biasalah tu. dalam hidup nie tidak semestinya kita dapat apa yang kita impikan kan. hidup nie ada turun dan naiknya. macam lif. sekejap kena naik ke atas, sekejap kena turun pula ke bawah. jadi, perkara terbaik hanyalah berdoa! doa nie penting sangat. kalau tak berdoa, sia-sia jer lah semua perkara yang kita dah buat tu.

dengan doa, barulah hidup kita nie lebih diberkati. dan barulah boleh berjaya dengan bangga nya! yeay!

berjaya bersama rakan-rakan seperjuangan kita yang lain juga!


akhir kata dari aku, selamat menduduki final exam kepada semua member-member! goodluck in your exam and be focus! semoge kita berjaya mendapat result yang cemerlang! amin. last but not least, jangan stress-stress yer. :p

Tuesday, October 12, 2010

aku dapat award?

huhu. kali nie aku telah di tag oleh memberku yang berloghat penang nie ha. hehe. jarang kot aku dapat award-award segala macam nie. ahakz! kat blog pun ada award kan.
lawa tak kasut I nie? lalalala~
moden betul lah zaman sekarang nie. tapi kan lagi best kalau aku dapat award yang boleh masuk tv tuh. haha! berangan jer lebih. haktuih! :p okeyh. sebelum nak berangan tu, kena lah jawab soalan-soalan cepu cemas nie dulu. huhu.
1. apa yang sedang bermain di fikiran anda sekarang ?
nak dekat final exam tapi study tak lagi. aiseh.

2. apakah nama samaran anda ?
sadiq ada, diq ada, gediq pun ada. haha!

3. senaraikan 3 orang yang anda sayang
banyak sangat ler yang aku sayang. termasuk anda! :)

4. panggilan untuk si dia .
siapakah dia? hmm.

5. hadiah yang paling diimpikan dari yang teristimewa
urmm. tak terfikir pun lagi. hehe.

6. belog mana yang paling suka visit ?
blog yang entri dia best-best. huhu.

7. tag kepada 15 blogger anda
aku tag orang yang baca entry aku nie. :)
terima kasih yer memberku sebab mengetag aku. hihi.

Saturday, October 9, 2010

mak, perut sadiq lapar.

ayoyo. sekarang nie tengah dalam mood kelaparan ouh. huh! hari nie satu hari suntuk dari pagi sampai lah ke malam aku tak sentuh nasi langsung.

can you give me pizza please?


diri ini sangat lah malas untuk pergi berjalan ke cafe kat atas tu. rasa macam jauh sangat jer dari bilik aku. haha! cakap jer lah kau nie pemalas sadiq! :p so, sebab tu lah aku tak makan nasi hari nie. isk3. padan muka aku. makan roti jer la dalam bilik nie. okies lah. nak pergi buat maggi. :)

Friday, October 8, 2010

petua imam syafie

salam. readers semua sihat kah? hope that you all are in a good health ya! dekat sini just nak share serba sedikit info yang baru jer baca tadi time kat facebook. jom lah baca. :)


Empat perkara menguatkan badan
  • makan daging

  • memakai haruman

  • kerap mandi

  • berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

  • banyak berkelamin (bersetubuh)

  • selalu berasa cemas

  • banyak minum air ketika makan

  • banyak makan makanan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
  • duduk mengadap kiblat

  • bercelak sebelum tidur

  • memandang yang hijau

  • berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
  • memandang najis

  • melihat orang dibunuh

  • melihat kemaluan

  • membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
  • tidak banyak berbual kosong

  • rajin bersugi (gosok gigi)

  • bercakap dengan orang soleh

  • bergaul dengan para ulama

Empat cara tidur
  • TIDUR PARA NABI:
  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

  • TIDUR PARA ULAMA DAN AHLI IBADAH:
  • Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam

  • TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA:
  • Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan

  • TIDUR SYAITAN:
  • Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka

renung-renungkan dan selamat beramal.. :)

Wednesday, October 6, 2010

sleepy mood

huwarrghh. sekarang jam kat lappy dah menunjukkan pukul 2.43 am. dan sekarang aku sangatlah mengantuk. then, duduk berjegil mata lagi buat entri nie buat apa?! huh!
tapi tak apa aku just sekejap jer nak mencapub kat blog aku nie. haha! penat kot hari nie. tadi nie pun aku dengan member-member kolej aku pergi tengok majlis penutupan SUKEM kat stadium. SUKEM tu shortform untuk sukan universiti kebangsaan malaysia. meriah lah juga dengan semangat gelombang oren yang membara! haha! so overall kolej aku, kolej keris mas dapat tempat ke-4 untuk SUKEM nie. not bad lah. bangga kot. hehe.

gelombang oren!

wirawati keris mas! hehe..

fotografi session

ok lah readers. dah mengantuk sangat nie. huhu. good night yer semua. :)



p/s: aiyo. lab report tak siap lagi! =_='

Monday, October 4, 2010

good luck adik !

entri kali nie aku tujukan special untuk adeq aku yang sorang nie, syida. haha! budak nie esok dia akan sit for her PMR examination 2010. kah3. padan muke kau! opssss silap! hehe.
pmr's candidates
my advices to you :
  • breakfast dulu sebelum pergi sekolah


  • masuk dewan exam dengan kaki kanan dulu


  • sebelum start exam baca bismillah/doa dulu


  • fahamkan soalan betul-betul

  • jangan gelabah/panik bila nak jawab soalan


  • jangan check jawapan bila dah habis exam


  • berdoa dan bertawakal banyak-banyak

jadi diharap agar anda dapat menjawab exam PMR nie dengan baik dan jayanya yer. jangan hancurkan your parents's hopes k! good luck ! :)

Friday, October 1, 2010

contest senyuman maneh

okeyh. sekarang contest seterusnya pula. hahaha..
(kau nie tak bosan ker sadiq asyik join contest jer ha??) :p
contest nie pula dibuat oleh gadis kampung separa bandar. huhu. contest nie mudah jer. readers hanya perlu hantar foto yang anda rasa itulah senyuman paling maneh anda. hehe. due date contest nie pada 10 october 2010. jadi, sesiapa yang berminat nak join sila ke sini yer.
so tadi korek-korek lah juga foto-foto yang dah bersarang dalam lappy aku nie ha. godek punya godek terjumpalah foto nie.

*******

*******

*******
chalie's angel. haha!
nie foto siblings aku. yang tak ada dalam nie just abang aku jer. hehe. foto nie di snap time aku pergi family holiday kat port dickson. best ouh. boleh mandi swimming pool dengan laut.
tapi nanti muka aku gelap! huh!

orang bertuah yang akan di tag adalah :