.

people in black

Tuesday, August 30, 2011

I'm proud to be Malaysian. :)

Salam readers.

Hari nie dah masuk 31 Ogos lah kawan-kawan. Tarikh keramat kemerdekaan negare kite, MALAYSIA ! Alhamdulillah. :)

Aku bangga jadik anak Malaysia sebab negara kite nie aman dan tenteram jer kan. Walaupun ader la jugak sikit-sikit rusuhan sana sini tapi keamanan tu masih mampu dicapai oleh rakyat Malaysia. At least takde lah sampai berperang-perang macam negara laen kan. :)

Malaysia best sebab makanan-makanan kat sini semuanya sedap-sedap ouh. Tambah-tambah lagi bila time raye macam nie kan. Haha. Memang kenyang perut sentiasa lah nampaknyer. Hihi. Kueh raye, lemang, ketupat, rendang, bahulu, dodol, kerepek, nasi himpit, laksa sumer aku telan. Haha. Mane nak dapat rase makanan-makanan nie kat tempat laen. Malaysia jer yang ader tau. Hee.


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 Malaysia !
Kalau takde pejuang-pejuang tanah air kite nie kan, apelah yang akan jadi kat kite sekarang kan. Jom same-same kite menghargai pengorbanan tokoh-tokoh kemerdekaan negara! Macam mane nak menghargai? Senang jer. Jom bace buku sejarah. Wink wink wink. :D

Love you, Malaysia !

Sunday, August 28, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri ! :)

Salam readers.

Alhamdulillah hari nie baru nak masuk hari yang ke 29 kite berpuasa. Macam mane Ramadan kali nie? Have something goods happened to you? Hopefully yes la ok. :)

Insyaallah, esok mungkin dah rayee. Heeee. 1 Syawal menjelma lagi ! Tapi kan, tapi kan.. Ramadan bakal berakhir. Bulan yang mulia. Bulan yang penuh keberkatan. Nie je lah waktu untuk kite struggle gila-gila nak buat ibadah. Nak dekatkan diri dengan Pencipta kite. Time nie je lah Allah gandakan segala pahala amalan kite dengan hebatnya. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. :')

Huu. Cukup ker amalan kite selama nie eh? Rasa kerdil jer diri nie. Semalam aku tengok tv yang solat terawih dari Mekah tu. Tersentuh ouh dengar imam terawih sane baca Al-Quran. Pastu sampai satu tahap tu imam tu dah mula sebak. Suara dah macam nak mula menangis. Makmum pulak memang dah nangis habis. Memang tersentuh habis. Baru tengok kat tv. Belom lagi kalau kite duduk live kat Mekah sane. Mereka memang berdoa tadah tangan sungguh-sungguh mintak keampunan dari Allah. Sampai merah-merah lah muke. Tapi aku...? :'(

Mudah-mudahan puasa dan amalan kite semua pada bulan Ramadan nie diterima oleh-Nya. Urmm. Di kesempatan nie, aku nak mintak ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Mintak maaf yerp kalau aku ader buat salah silap sepanjang kowang kenal dengan aku. Halalkan makan minum aku yerp kat kamu-kamu yang dah pernah belanjer aku tu. Hee. Terima kasih banyak-banyak ! :D


"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN"

p/s: Have a safe journey yer kat kawan-kawan yang bakal beraye di kampung tu. :)

Sunday, August 21, 2011

Youtube's songs.

Salam readers.

Just wanna share some cool music videos from Youtube. :D



Title: Nice Guys
By: Nigahiga, Kevjumba and Chestersee

**LYRICS**

CHORUS
Nice guys finish last,
That's why I'll treat you like trash,
It's not what I really wanna do.
But, you only date bad guys so,
I'll give it my best try to,
Treat you the way you want me to.

VERSE 1
I never open a door,
or pull out a chair.
You can tell me how your day was
but I don't really care.
And if you ever get cold,
you'll just have to hack it,
Cause I'd be cold too
If I gave you my jacket.
Like WHOA, you ain't sittin up front,
Front is for the homies you can sit in the trunk.
I never answer my phone,
Whenever you call it
And when the waiter brings the bill
I never reach for my wallet.

CHORUS

VERSE 2
And Ima BEAT you!
At every competition.
Going out with the girls
You better get my permission.
Wait no, i take that back, you can't go,
House is on tonight
And that's my favorite show!
Do I look fat in this dress?
Hell yeah you do!
Wait lemme speak your language
Cows go Moo!
Mooo Moooo Mooo MOOOO!

CHORUS

BRIDGE
But behind the scenes she means the world to me.
Wanna tell her that she's beautiful, and show her that she's loved.
Hold her hand when she's scared, tell her how much I care...
But that won't win her heart BECAUSE....

Nice guys finish last..



Title: Shed A Tears
By: Nigahiga, Kevjumba and Chestersee


**LYRICS**

CHORUS:
Here it comes
Can't you see
That we're tough guys and we have feelings.
Take my hand
Close your eyes
With you right here
Imma shed a tear and cry
Don't be afraid to cry cry
You can still be a manly guy guy
Just cry.
Don't be afraid to cry cry
Let it free fall from your eyes eyes

VERSE 1:
Wake up see a sunrise
Let it free fall from your eyes.
Start my day and I read a sonnet
Got got a soft cheek with a tear on it.
Step out and the skies are clear
I'm a man and I have no fear.
Take a step and I land in crap.
I let it out, no holding back.

(CHORUS)
VERSE 2:
Baby we can go out on a first date.
But you come and pick me up half an hour late.
Girl I'm not gonna lie, that you almost made me cry,
But I'm a masculine man ill be ok.
Yeah, your place, toy story 3
the greatest all time kid's movie.
But I forgot, Andy leaves Woody,
And now the tears are coming right back over me.

You guys can check their channel in the links below. They have a lot of awesome vlog! :D

Nigahiga
Kevjumba

Chestersee

Friday, August 19, 2011

LOL :D

A man is dying of Cancer. His son asked him:
"Dad, why do you keep telling people you are dying of AIDS?"


Dad: "So when I'm dead, no one will dare to touch your mom"

:D

Wednesday, August 17, 2011

Menu bersahur.

Salam readers.

Pagi nie cam pecah rekod jer ouh. Guess what? Aku tak tidow balik after sahur! Haha. ^_^ Ecxited gila la kau. Hehe. Yer lar. Selalu asyik bangun lambat jer. Sekali sekala bangun awal-awal pagi aper salahnye ye dokk. Fresh! Patut la aku tengok orang yang bangun awal pagi nie kan, sentiasa fresh! Tenang jer rase. :)

Pagi tadi korang sahur aper? Makan banyak-banyak tak? Heee. :p Aku makan sepinggan lengkap gak lar. Tapi aku tengok family aku makan cam sikit jer. Nasi just besar tapak tangan jer. Sejemput jer. =___= Maybe tak syok kowt nak makan pagi-pagi.

Lauk peberet aku kalau time sahur kan kan, aku suke makan nasi dengan telur dadar. Pastu mak aku selalu gak lar masak udang goreng. Perghhh. Memang berselera la aku makan kan. Lauk tu pun dah cukup baek dah untuk aku melantak. Hihi. Aku rase aku suke makan telur lah. Pastu tambah kicap! Huhu. :D


Udang goreng (google)

Telur dadar (google)

p/s: Kalau time bukak puasa, saya suka makan kebab roti pita. Hee. :)

Thursday, August 11, 2011

Jom main The Sims 3!

Salam readers.

How's your day today? Hopefully semua nya ok2 jer. Nampaknye cuti 4 bulan nie dah nak habis ouh. Bulan 9 nanti dah kena balik u balik. Ouhh tidakkkk! Hoho. Puasa pun dah nak habis. Lagi 15 hari jer lagi sebelum Syawal tiba. ^_^

Sepanjang cuti nie ape jer la yang aku buat. Aku rase rutin yang same jer aku buat tiap-tiap hari. Bangun tidur pagi-pagi, mandi, makan, online, tidur balik, bangun, makan, tengok tv, online, makan, tidur, makan, TIDUR! Haha. Macam agak bosan jer eh. Kat uma pun aku dok sorang-sorang jer. Yang lain semuanye pergi keje.
*Tula kau. Mak suruh keje takmo keje!*

Tapiii.. Dalam bosan-bosan tu, aku takde la bosan sangat. Hehe. Sebab aku dok khusyuk main game nie. The Sims 3! Wink wink! :DD

Best ouh game nie. Konfem korang takkan bosan kalau layan game nie. Haha. Banyak benda boleh buat dalam The Sims nie tau. Game nie macam life kita as a human beings. Kita kene pergi sekolah, pergi kerja, memasak, tidur, hangout dengan family/members dan banyak lagi ar. Jom kita tengok ape lar yang Sims-sims nie buat eh. Lets check it out!




Yang nie semua antara hobi-hobi yang kita ley buat kat dalam game nie. Banyak gila ok. :)



Pastu bila lapar, apelagi. Kita masak and makan sampai kenyang! Heeeee.



Sims nie pun kan macam manusia gak kan. So normal lah tu kalau ade scene-scene gaduh. Haha. Buat homework jangan lupe plak tau. Kalau Sims nie tak buat homework, nanti gred dia kat sekolah asyik dapat C jer. Kalau ok, baru dapat A! Hihi.



Nie pulak aktiviti-aktiviti bersama family or members. Siap boley berkelah lagi. Memang seronok.



And yang paling tak bley bla bila ada hantu kat dalam game nie. Huhu. Tapi hantu-hantu dalam nie takde la seram mane pun. Dorang just act macam entiti. Sebab bila sorang Sims tu dah mati, dorang akan jadi hantu dan kita tak payah nak kawal dorang lagi. Siap ade blink-blink lagi hantu-hantu nie.



And the most importang thing mestilah rumah Sims nie. Dalam game nie kan, rumah die perghhh.. Memang cun habis. Kalah rumah dalam real life ouh. Haha. Rumah semua stok besar-besar punya. Banglo! Kita pun boley jugak decorate rumah macam aper yang kita nak. Boleh ikut citarasa masing-masing. :)



Then bila dah malam, Sims nie energy level dia akan berkurang. So nak upkan balik energy dia tuh, dia kena lah berehat or tidow. Suhu cam sejuk kowt kat dalam Sims nie. Budget cam kat obersea lar. Siap ade fireplace lagik. Hehe. Rasa cam best jer kalau dapat masuk sekali dalam The Sims nie. Hihi.

So nie lah antara game yang aku layan time cuti-cuti nie. Dok bergaul dengan Sims jer. Dengan orang sekeliling aku nie takmo pulak bergaul. Haishhhh. =___=" Tu jer cerita aku. Daaa.

Vlogger.

Salam readers.


Hari nie aku nak share 1 video dari vlogger yang baru aku tau. Hihi. Name dia AmanWan. Video dia not bad jugak lah. Ada mesej yang dia nak sampaikan. Lebey kurang macam AnwarHadi, Matluthfi ngan AimanAzlan gak lar. Video bawah nie bagi aku memang sempoi and lawak lah. Haha. Jom usha-usha dulu. :)









Hehe. Amacam? Best kan. AmanWan nie sebenarnya pelukis komik jugak tau. Korang pernah dengar tak Komik-M? Dia salah seorang pelukis dalam Komik-M. Kalau nak tau lebih lanjut pasal nie, korang boley lah pergi kat SINI. Pastu kalau nak tengok lagi video-video AmanWan nie, ley pergi kat CHANNEL UTUBE nie.


Sekarang nie ramai betul vlogger. Tiba-tiba rase cam best plak kalau buat video. Boley cakap sorang-sorang depan kamera. Haha. :D


p/s: Tahniah kat member-member yang dah berjaya buat A-Level!
Nanti dah fly jangan lupe bagitau yerp. :DD

Tuesday, August 9, 2011

Just a dream.

Salam readers.



Semalam, daku bermimpi akan seorang hamba Allah nie. Seseorang dari kisah lamaku. Dia datang dalam mimpiku dengan memegang erat sejambak bunga di tangan. Tapi tidakku pasti jenis bunga apakah itu? Huhu. Ouh. Personalitinya sangat segak dan sejuk mata memandang.



Sepatutnya daku berasa gembira di atas kedatangannya ke mari. Tapi, apabila jambangan bunga itu dihulurkan kepadaku, daku lalu menepis bunga itu dengan marah sekali. Sungguh benci melihat mukanya yang seakan-akan tidak bersalah itu. Kenangan lama masih tersimpan rapi dalam kotak ingatanku ini. Lalu, daku berlari pergi meninggalkan dia dengan linangan air mata yang amat laju di pipiku.



Dreams



Ketika itu, sekumpulan sahabatku leka memerhatikan kami berdua dari tadi. Mereka dengan pantasnya pergi kepada kisah lamaku itu dan kulihat mulut mereka seperti mengatakan sesuatu. Sesuatu yang aku tidak pasti apekah bual bicaranya. Tidak lama kemudian, kisah lamaku berjalan pantas ke arah ku. Aku hanya mampu melihat raut wajah itu sekali lagi. Dan dia bersuara,



"Nah. Terima lah bunga nie. Jom kita pergi Times Square nak??"



........................









.......................









........................









........................









.........................









...........................



Tuutttt.. Tuuuuuttt.. Tuuuutttt..



Tiba-tiba pulak mak aku call la. Habis mimpi aku tadi. Tak sempat nak tau ape ending die. Grrr. Tapi aku tak kesah pun. Sebab he's not mine. Haha. Camner la aku boleh termimpikan kau eh? Jage diri. =___="



Susah betul la nak lupekan seseorang tu kan. Can I? Urmmm.

Monday, August 8, 2011

Khas buat sahabatku, Sofia Nabila.

Salam readers.


Ape khabar readers sumer? Sihat? Mudah-mudahan kalian diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya dalam bulan Ramadan yang mulia nie. :)


Alhamdulillah hari nie dah masuk hari yang ke 8 umat Islam berpuasa. Puasa tahun nie aku rase best sangat-sangat sebab dapat puasa dengan family tercinta. Woot woot. Dapat bersahur and bukak puasa same-same. Aku rase dah nak dekat 6 tahun gak lar tak dapat puasa sekali dengan family aku. Dari form 1 sampai lah dah masuk asasi. Isk3. Dulu asyik bukak puasa dengan member-member jer. Now, its time for my family! ^_^




* Tapi tibe-tibe aku rindu pulak nak bukak puasa dengan member2 kat maktab. :( *




Tapi, dalam puasa-puasa nie, ade jugak orang yang Allah berikan ujian untuk melihat sejauh mane hamba-Nya itu dapat menanganinya. Sahabatku, Sofia Nabila (Opie). Aku terkejut sangat bila dengar citer yang ayah dia excident hari tu. Ayah die excident and kaki beliau dilanggar oleh lori. Ngeri aku dengar. Sorry tau Opie sebab aku tau berita nie lambat. Nasib baek Syifa' yang bagitau. So sorry. :(



So, hari Jumaat lepas aku ngan Syifa' cadang nak pergi melawat ayah Opie kat Hospital Kuala Lumpur. Doktor kata kaki ayah die kena potong sebab dah ader infection. Tapi ayah die tak mau potong. Sayang nak hilang satu kaki. By the way, nenek Opie pun baru masuk wad jugak. Nenek die tak tahu lagi ader penyakit ape. Opie kate nenek die pun macam dah ingat-ingat lupe dah. Maybe penyakit tua kowt. Kesian aku tengok nenek dia. Terlantar jer kat katil. Sedihh. Muka mak Opie pun dah pucat lesu aku tengok. Maybe sebab penat menjaga suami dan juga mak mertua di hospital. :(



Kat dalam hospital tu, macam-macam ragam pesakit aku tengok. Tapi mostly yang aku nampak semuanya macam yang dah agak berumur. Ya Allah, hanya Dia jer yang tau betapa sebak nye aku rase time kat sana. Then tiba-tiba Opie kata, "Takut pulak aku nanti kan bila dah jadi tua. Kang sape pulak nak jage aku kat hospital nanti?" Terkedu gak lar aku dengar Opie cakap camtu. Terus aku teringat kat parents aku. :(



Pastu pagi tadi (Isnin) Opie bagi mesej.



Korg, hmmm. Abang aku excident. Nenek aku plak kene tukar icu. Jgn kol aku lgi taw. Nnt aku kol korg.



Kecian yer kat Opie. Belum habis masalah lama, masalah baru pulak yang datang. Aku tak dapat bayangkan macam mane lah keadaan dia sekarang nie. Dear Opie, aku harap kau tabah yer dalam menghadapi semua nie. Aku tau dugaan nie berat untuk kau pikul. Kiteorang member-member kau akan selalu doakan yang terbaik untuk ayah, abang ngan nenek kau. Kau jangan sesekali putus asa ok. Berdoa banyak-banyak dalam bulan puasa nie. Mesti ader hikmah di sebalik ape yang berlaku nie. Kalau kau perlukan ape-ape, just tell us. We, SAASHIS are here for you. Aku tau kau kuat Opie! :) Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan sahabatku ini Ya Allah. Hanya Engkau lah yang Maha Mendengar. Amin.



Be strong Opie.