.

people in black

Monday, August 9, 2010

selamat datang ramadhan!

alhamdulillah. pada esok hari iaitu rabu, 11 ogos 2010 sudah bermula lah kewajipan bagi semua umat Islam untuk berpuasa. pejam celik pejam celik rasa cam sekejap jer dah bulan ramadhan. cepat betul masa berlalu kan. rasa excited sangat nak sambut ramadhan kali nie sebab this time aku puasa kat tempat baru, UKM. huhu. sebelum-sebelum nie aku puasa kat UITM shah alam dengan kat taiping. sekarang kat bangi pula. hihi.
gudbye syaitan !
bila sebut jer pasal puasa, benda first yang aku fikir adalah bazar ramadhan! hehe. oppps. dah lari niat dah tu. tapi memang dah fitrah manusia nie asyik fikir makan jer kan. betul tak? hehe. tiba-tiba pulak terbayang ayam percik, kebab, taufufa, kek batik, kuih lopeh. aishhh. sedapnya. memang boleh meleleh lar air liur. haha. dulu time kat maktab aku selalu jer beli ayam percik ouh. sedap gila! pastu siap share-share makanan lagi dengan member-member. memang best lah masa tu. rindu pulak rasanya. :')
so, time bulan puasa nie aku bertekad untuk memperbanyak kan lagi amalan aku yang sikit nie haa. harap-harap kali nie aku lebih rajin dalam menunaikan ibadah kepada-Nya. Insya-ALLAH. mak.. abah.. sadiq nak minta ampun dan maap sebelum start puasa nie. sorry sebab sadiq tak dapat nak puasa first day kat rumah. isk3. tak dapat nak bukak puasa sama-sama. kepada kawan-kawan semua, aku mintak maap juga yer. kalau boleh, kita bersihkan diri kita dahulu sebelum menyambut kedatangan ramadhan yang mulia nie.
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoa kamu menjadi orang yang bertakwa."
(surah Al Baqarah, ayat 183)
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

RENUNG-RENUNGKAN DAN.. SELAMAT BERAMAL..!

4 comments:

Call me, Eyka said...

selamat berpuasa sadiq!

CRABBY PATTY said...

@eykameowselamat berpuasa tu u tOo! :))

Anonymous said...

selamat berpuasa. buat ibadah byk-byk :) ingt daku dlm doa muu :'))

CRABBY PATTY said...

@Syidora :)insyaALLAH adeq ku! :)