.

people in black

Tuesday, August 31, 2010

i love her!

sadiq sayang tok a.k.a nenek saye !
terima kaseh sebab masak juadah berbuka puase tadi.
tok masak memang sedap sangat-sangat especially sambal ayam.
memang favourite sadiq lah.
tapi tadi takde sambal ayam. its ok. :)
tok..
tok jaga diri baik-baik tau.
kalau tok rasa tak sihat, tok terus makan ubat yer.
tok jangan buat kerja berat-berat sangat erk.
sadiq sedih bila tok cakap, "tok ni dah tua. badan selalu jer rase sejuk-sejuk."
tok janganlah cakap macam tu lagi.
tok..
tadi bila sadiq salam dengan tok,
sadiq dapat rasakan yang tok genggam tangan sadiq erat-erat.
rasa macam taknak lepas.
sadiq sedih bila duduk jauh dengan tok.
kan best kalau u sadiq dekat dengan rumah tok.
boleh sadiq jumpa tok hari-hari.
tok..
tok doakan sadiq berjaya kat ukm nie yer.
sadiq rasa down sangat-sangat kat sini.
tapi bila teringatkan semua nasihat yang tok dah pesan,
itulah yang membuatkan sadiq bersemangat balik.
akhir kata, terima kasih tok di atas segalanya!
sadiq sayang tok sangat-sangat! :')

Thursday, August 19, 2010

cut your nails please

alhamdulliah. kenyang aku lepas bukak puase tadi. huhu. arinie aku just beli nasi lemak and cempedak goreng kat bazar kolej tadi. tak tahu nak makan ape lor. asyik makan benda yang sama jer tiap2 hari. tapi tak ape. aku masih bersyukur! daripada tak ade makanan langsung lagi teruk kan. huhu.
then, melihatkan kuku2 aku yang kelihatan panjang, ape lagi. potong lah. haha. ingat yer semua, hygiene is important! hihi. kat sini aku nak share serba sikit info pasal kuku nie. benda nie nampak jer macam remeh. tapi kalau kita tahu serba sikit info pasal kuku nie, kan lagi baek. :)

SABTU >>> nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk penyakit
AHAD >>> nescaya keluar kekayaan dan masuk kemiskinan
ISNIN >>> nescaya keluar penyakit gila dan masuk sihat
SELASA >>> nescaya keluar sihat dan masuk penyakit
RABU >>> nescaya keluar was-was dan masuk kepapaan
KHAMIS >>> nescaya keluar penyakit dan masuk penawar
JUMAAT >>> nescaya keluar dosa dan masuk pahala
so, adalah lebih elok kalau kita memotong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. dapat pahala. :)

jom ramai2 kita practise cara nak potong kuku ikut sunnah Rasulullah.

ingat, kuku mesti lah kena jage and potong kalau dah panjang yer. takut membiak pula bacteria2 and segala jenis kotoran yang melekat kat jari kita. peace!

Wednesday, August 18, 2010

busy!

fuyyoo. dah lama dah aku tak online ouh. sebab wifi jaring nie lar buat hal. ade lar dalam seminggu jugak aku duduk termenung jer mengadap laptop nie without connected to the internet. perghh. rasa cam bosan gila kowt bila server down. huhh. lama gak aku menunggu dan finally, hari nie barulah dapat online. huhu. saya suke3.. :p
minggu nie aku agak kebusy-an cikit lor. penat betul ke hulu ke hilir sana sini tunggang terbalik. hah. ape aku cakap nie. *nonsense* malam tadi baru jer lepas habis meeting dengan group ko-k. kteowg kena siapkan 2 poster kemerdekaan untuk ko-k minggu nie. aiyo. letih sangat2. tiap2 malam kena turun siapkan poster nie. dengan kelas aku yang cam pack semacam jer. siyes penat giler tahap dewa. haha! tutorial? lagi ar. quiz? what the foooooddd??! errrr. need to be more struggle this time. ptptn? ouh, this friday wanna settle up everything. :)

sekarang dah pukul 2.30 am. tapi mata tak berapa nak ngantok sangat lak. maybe kejap lagi aku nak makan maggi. hehe. lapar! sahur ler katakan. hihi. nak harapkan aku bangun esok pagi memang tunggu kucing bercakap pown tak kan bangun gak aku nie. *pemalas!* by the way, lab report tak siap lagi. huh! ganggu betul ler report nie. =_=' spoil mood aku jer. k ar. enough for now. daa.

Friday, August 13, 2010

jom bukak puasa :)

alhamdulillah. hari nie dah masuk hari yang ke-3 bagi umat Islam menunaikan ibadat puasa. tapi sayang nya bagi aku, aku tak dapat nak puasa on the first day of Ramadhan. :( agak sedih di situ. tapi tak apalah kan. nak buat camner kan. hehe.
so petang tadi aku habis kelas dalam pukul 5 cam tu ler. then, terus bergegas ke kolej ungku omar untuk membeli juadah berbuka. huhu. makanan kat situ lagi better than my kolej sebab lagi banyak pilihan. sedap pulak tu. aku rase hari-hari aku beli kat situ kot. haha.
so delicious !
so malam tadi aku buka puasa sekali dengan member aku nie ha, minye! huhu. member lama dari kkb dulu. then jumpa kat taiping and lastly jumpa balik kat ukm nie ha. dunia nie memang kecik jer kan. hihi. tadi sembang punya sembang dari awal buka puasa sampai lah tak sedar dah nak dekat pukul 11. perghh. lama gila kot kteowg sembang! haha. rancak betul. last-last malam nie aku pergi tidur kat bilik minye. hehe. saja-saja temankan dia sebab roomate dia balik rumah. sekarang pun dah pukul 3 a.m. it's time to sleep. gudnite and jangan lupa bangun sahur yer kawan-kawan. :)

Monday, August 9, 2010

selamat datang ramadhan!

alhamdulillah. pada esok hari iaitu rabu, 11 ogos 2010 sudah bermula lah kewajipan bagi semua umat Islam untuk berpuasa. pejam celik pejam celik rasa cam sekejap jer dah bulan ramadhan. cepat betul masa berlalu kan. rasa excited sangat nak sambut ramadhan kali nie sebab this time aku puasa kat tempat baru, UKM. huhu. sebelum-sebelum nie aku puasa kat UITM shah alam dengan kat taiping. sekarang kat bangi pula. hihi.
gudbye syaitan !
bila sebut jer pasal puasa, benda first yang aku fikir adalah bazar ramadhan! hehe. oppps. dah lari niat dah tu. tapi memang dah fitrah manusia nie asyik fikir makan jer kan. betul tak? hehe. tiba-tiba pulak terbayang ayam percik, kebab, taufufa, kek batik, kuih lopeh. aishhh. sedapnya. memang boleh meleleh lar air liur. haha. dulu time kat maktab aku selalu jer beli ayam percik ouh. sedap gila! pastu siap share-share makanan lagi dengan member-member. memang best lah masa tu. rindu pulak rasanya. :')
so, time bulan puasa nie aku bertekad untuk memperbanyak kan lagi amalan aku yang sikit nie haa. harap-harap kali nie aku lebih rajin dalam menunaikan ibadah kepada-Nya. Insya-ALLAH. mak.. abah.. sadiq nak minta ampun dan maap sebelum start puasa nie. sorry sebab sadiq tak dapat nak puasa first day kat rumah. isk3. tak dapat nak bukak puasa sama-sama. kepada kawan-kawan semua, aku mintak maap juga yer. kalau boleh, kita bersihkan diri kita dahulu sebelum menyambut kedatangan ramadhan yang mulia nie.
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoa kamu menjadi orang yang bertakwa."
(surah Al Baqarah, ayat 183)
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

RENUNG-RENUNGKAN DAN.. SELAMAT BERAMAL..!

Tuesday, August 3, 2010

penat ok !

kelas hari ni start pukul 8 pagi ouh. aiyo. susah aku nak bangun pagi-pagi ni. dah lar kelas organic chem. ada quiz pulak tu! :0
haiyo. aku pun tak tahu lar apa yang aku jawab tadi tu betul ke tak. ada gak yang susah. susah sebab aku TAK BACA ! isk3. bila lar aku nak mula sedar ni? wake up sadiq ! jangan malas-malas lagi !
aishh. kejap lagi pukul 1 ada kelas math pulak. lagi pening. sabar jer la 4 tahun menuntut ilmu di sini. heeee~