.

people in black

Friday, December 31, 2010

first january of two thousand eleven

Salam readers!
Hari nie dah masuk dah tahun baru! Alhamdulillah masih mampu dan diberikan rezeki untuk terus bernafas di muka bumi nie. :)
Tahun baru!
Azam baru!
Semangat baru!
Hopefully kita semua dapat mencorakkan lembaran 2011 nie dengan benda-benda yang baik!



Happy New Year World ! :)

Thursday, December 30, 2010

happy birthday mom ! :)

Salam readers.
Tanggal 29 Disember yang lepas merupakan satu tarikh yang amat bermakna kepada mak saya. Hari di mana seorang wanita yang bergelar mak kepada 6 orang cahaya mata menyambut hari lahirnya. Seorang wanita yang begitu tabah, kuat, bersemangat dan penyayang! Itulah beliau yang diberi nama ©Puan Jamilah bt Ahmad© . Bondaku yang tercinta! :)

Nie lah mak saya. Comel kan.. :)

Mak, selamat hari lahir yer!


Sadiq doakan agar mak sentiasa sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki selalu.


Mudah-mudahan ALLAH memberkati kehidupanmu.


I YOU VERY STRONG MOM! :)

Saturday, December 25, 2010

berdoalah ketika senang dan susah

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN?

Kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul..

Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi..

DUGAAN menjadikan kita KUAT
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR
KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH
Hebatnya ALLAH swt !
Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini:
Telah berkata Jibril :
"Wahai Tuhan! Kau sampaikanlah hajat hambamu.
Maka ALLAH swt menjawab:
"Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya).."
(Diriwayatkan oleh Anas bin Malik)


p/s: terharu sungguh bila ALLAH menyatakan bahawa Dia amat mencintai doa-doa kita. Tapi kita? =____="

Friday, December 24, 2010

tahniah kepada kau!

Salam readers.

Entri kali nie aku tujukan khas untuk budak yang baru dapat result nie. Hehe.
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
***
kau nak hadiah apa? cakap jer. wakakakakaka!
  • Tahniah yer NOR SYAHIDAH sebab dapat 7A's in your PMR !

  • Lepas nie, kena belajar dengan bersungguh-sungguh lagi.

  • SPM lagi penting!

  • Kau tak boleh challenge aku. Haha! :p

  • WE PROUD OF YOU!

  • Congratulation sista!

Sunday, December 19, 2010

berita tengah malam

Salam readers.
Isnin, 20 Disember 2010 - Sekumpulan jemaah haji sedang berada di dalam perjalanan dari Jeddah ke Malaysia. Dianggarkan bahawa beberapa buah kapal terbang akan mula mendarat di Kuala Lumpur International Airport ataupun nama glamournya ialah KLIA pada pukul 7.05 pagi waktu Malaysia.
Jemaah haji : Parents kepada Nor Sadiqah Bt Roslan bersama makngah dan pakngah beliau.

Lokasi : Tabung Haji, Kelana Jaya

Oleh itu, pihak Tabung Haji dengan ini mengalu-alukan kedatangan semua ahli keluarga yang terlibat untuk terus bersedia dan menunggu para jemaah haji untuk tiba di KLIA pada esok pagi. Kehadiran ahli keluarga dan sanak-saudara akan membuatkan para jemaah haji berasa terharu dan teruja melihat keluarga mereka menyambut mereka dengan senyuman dan linangan air mata setelah sebulan lebih mereka terpisah kerana mengerjakan ibadat haji di Mekah.

Kebahagian anak-anak adalah hadiah terbaik kepada ibu bapa.

Akhir kata, mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan perjalanan jemaah haji dan marilah sama-sama kita berdoa agar mereka selamat sampai di sini. Assalamualaikum.

p/s : Aku kena bangun awal esok pagi. Huhu. Tak sabar nak jumpa mak and abah. Miss them so much! :')

Wednesday, December 15, 2010

funfair is unfair?

Salam readers.
2 minggu lepas aku dengan certain family members pergi membuang masa kat Stadium Shah Alam. Ada apa kat sana? Haaa. Nie yang nak habaq mai nie. Kat sana ada FUNFAIR yer kawan-kawan. Huhu. Dah lama kot tak pergi funfair. Last time pergi bila entah. Maybe time sekolah rendah kot. Korang pun mesti pernah pergi jugak kan? Best kan? Haha!

Two persons in blue tu pakcik and makcik aku.

So round punya round kat funfair tu, nie lah benda alah yang first kiteorang main. Hehe. Mainan lain ada jer kat sana. Tapi majoriti untuk tahap budak-budak. Hihi. Aku nak naik yang adventure cikit. Haha! Gile poyo!

Laju ouh benda nie pusing. I believe I can fly~
Kalau dah nama funfair tu, confirm-confirm benda nie wajib ada. Cuba teka apa die?

Benda bulat yang besar. Eye on Malaysia?
Tapi aku tak naik pun benda nie. Sebab view dari atas tak berapa cantik ler. Rasa macam tak berbaloi pulak kalau naik. Huhu. Habis guna token jer. Huh. Sebut pasal token, mahal gila kot token die. 1 token 2 ringgit! Pergh! Cekik darah apa tauke funfair nie? =___="

Rasa macam muda pulak time pergi sini. Haha!
Then pengembaraan diteruskan lagi dengan naik UFO pulak. Huhu. Benda nie memang memeningkan kepala ouh. Berpusing tanpa henti dengan kelajuan 30km/h. Betul lah. Betul aku tipu. Hee~ Lepas tu pergi main-main cuba nasib. Alar yang main-main pastu dapat teddy bear, kerete mainan, keychain and benda-benda murah tu. Haha! Tapi bila dah main, satu habuk pun tarak. Hampeh. Penipu! :0
Bersedia untuk berlepas.
Bila dah habis naik, ada pulak tragedi yang berlaku. Aigo. Buat hal betul ler budak KECIK seorang nie. Adik aku nie tiba-tiba pening pulak. Memang dramatic ler. Dah macam orang pregnant ler. LOL :p

Kesiannya. Nak panadol ker dik? Hehe.
Macam tu lah ceritanya pengembaraan kami pada malam tu. Agak enjoy lah jugak. Mengisi masa lapang time cuti nie kan. Haha! Oh tidak! Cuti dah nak habis. Huh. Tak besssst! Daaaa~

Monday, December 13, 2010

masihkah kau ingat?

Kau ingat lagi tak,
Masa first time aku masuk taiping, aku nie jarang cakap.
Orang ingat aku nie sombong.
Kau ingat lagi tak,
Time dalam kelas kita suka sangat makan coklat cadbury kat meja belakang.
Padahal cikgu tengah sibuk mengajar kat depan.
Kau ingat lagi tak,
Kita selalu pergi dewan selera sama-sama.
Tambah-tambah lagi kalau ada lauk ayam.

miss them ! :)

Kau ingat lagi tak,
Ada satu malam tu kau menangis sebab kau rindukan parents kau pergi tunaikan haji.
Aku tak tahu nak pujuk kau macam mana time tu. I'm so sorry.

Kau ingat lagi tak,
Kau penah tertidur kat katil aku after solat maghrib.
Aku nak kejut kau tapi tak jadi sebab aku tengok kau tidur lena sangat.

Kau ingat lagi tak,
Kalau makanan DS tak sedap, kita asyik makan maggi jer kat cube.
Dah macam makanan rutin pulak.

Kau ingat lagi tak,
Aku asyik duduk baring kat katil kau jer before pergi prep.
Sebab aku malas nak stretchkan katil aku.
Tapi kau tak marah aku pun.

best moment ever! :)

Kau ingat lagi tak,
Kadang-kadang kita nie asyik gaduh jer.
Small matters jer pun.
Tapi benda tu lah yang akan aku ingat sampai bila-bila.

Kau ingat lagi tak,

Kau selalu tolong selimutkan aku bila aku tertidur.
And time kau tengah selimut tu lah aku terjaga and bukak mata sikit.
Tapi kau tak perasan kot.
Kau ingat lagi tak,
Time last day SPM, kita mandi hujan kat belakang blok.
Best sangat-sangat time tu.
Kau ingat lagi tak,
Aku penah cakap yang kau nie BEST FRIEND FOREVER aku.
Dan aku akan pegang kata-kata aku tu sampai nafas terakhir aku!

hope that we can be like patrick and spongebob. :)

♥ thanks a lot FRIENDS! ♥

Thursday, December 9, 2010

3 numbers that I hate the most!

Seriously, this is the most horrible!

I hate these 3 numbers!

Number 1
Sometimes number 1 can make you being on top
But for me, number 1 is meaningless!

Number 2
Sometimes number 2 is better than one
But for me, number 4 is much more better than two!

Number 8
Sometimes number 8 carries quite a big amount of number
But for me, its nothing!

Try to be a better person that can make her beloved parents proud of her.

Keep my words!

Thursday, December 2, 2010

dramatic picnic ! :)

Salam readers! Apa khabar? Sihat? Cheh, macam nak tulis surat pulak. Hihi. Sekarang nie dah masuk bulan disember dah. Cepat gila masa berlalu. Sem 1 pun dah habis. Macam tak percaya jer. Lagi sebulan Happy New Year pulak! Azam baru? Not define yet. :p
So aku memulakan 1 disember aku dengan pergi berkelah with my old beloved friends! Dah lama gak tak jumpa dorang semua. Rindu! :) Kiteorang plan pergi Suria KLCC sebab dekat sana boleh sikit nak pergi picnic dekat depan taman mall tu. Ejan siap bawak tikar lagi tau. Huhu. Tapi before that, kiteorang pergi lunch dulu kat food court. Lapar sangat wei.

At food court.
Then lepas dah makan, pergi pulak beli snacks kat cold storage. Beli banyak gila kot. Macam nak pergi camping seminggu lak. Haha! Keropok, biskut, air, jajan semua lengkap lah untuk picnic. Hehe. We are ready to go! :)

Hasil snacks yang telah dibeli. KFC pun ada. Hehe.

Unfortunately, time nak start picnic jer, cuaca dah mendung pulak. Semua dah risau dah sebab takut hujan jer nanti. Tengah-tengah jalan nak bentangkan tikar, dusssshhh... Hujan dah start turun. Mula-mula renyai-renyai jer. Sekali makin lebat pulak hujan turun. Huaaaaa. Lintang pukang kiteorang lari cari pondok tempat nak berteduh. Nasib baik ada. Lega!

gadis-gadis ribena!

Maka endingnya tak dapat lah kami nak picnic yang betul-betul picnic. Hujan sudah. Kiteorang just sembang-sembang, gosip-gosip kat bawah pondok tu jer. Huhu. Sambil ditempias air hujan yang lebat. Haha! Kilat guruh semua ada. Memang dramatic lah! Tapi memang memorable lah sebab dapat pengalaman baru kan. Hihi. Lain kali kita pergi picnic kat tempat lain pulak yer! :)

di bawah sinaran hujan. hehe.

Satu benda jer yang paling aku tak suka bila pergi mana-mana shopping mall kat malaysia kita nie. Pasal TOILET ! Aku paling benci toilet kat shopping mall yang tak ada paip! Majoriti toilet mall sekarang nie just guna paip yang kena sembur-sembur tuh. Eeeeiiii. Tak suka gila. Not my taste ler. Hygiene tu penting yer.



kalau macam nie selera sikit. haha :D

Kesimpulannya kan, kita nie kan dekat negara Malaysia. Bukannya dekat US atau Korea atau Jepun pun. Agak-agak lah kalau nak bina toilet pun, biarlah sepadan dengan taste penduduk kita nie. Orang kita nie bukan macam orang barat. Nak sangat jaga title "international" tu sampai menyusahkan rakyat. Adoi. Perlu ke menyenangkan foreigner yang melawat Malaysia dan menyusahkan kami yang ingin cuti-cuti Malaysia?