Salam readers! Apa khabar? Sihat? Cheh, macam nak tulis surat pulak. Hihi. Sekarang nie dah masuk bulan disember dah. Cepat gila masa berlalu. Sem 1 pun dah habis. Macam tak percaya jer. Lagi sebulan Happy New Year pulak! Azam baru? Not define yet. :p
So aku memulakan 1 disember aku dengan pergi berkelah with my old beloved friends! Dah lama gak tak jumpa dorang semua. Rindu! :) Kiteorang plan pergi Suria KLCC sebab dekat sana boleh sikit nak pergi picnic dekat depan taman mall tu. Ejan siap bawak tikar lagi tau. Huhu. Tapi before that, kiteorang pergi lunch dulu kat food court. Lapar sangat wei.
At food court.
Then lepas dah makan, pergi pulak beli snacks kat cold storage. Beli banyak gila kot. Macam nak pergi camping seminggu lak. Haha! Keropok, biskut, air, jajan semua lengkap lah untuk picnic. Hehe. We are ready to go! :)
Hasil snacks yang telah dibeli. KFC pun ada. Hehe.
Unfortunately, time nak start picnic jer, cuaca dah mendung pulak. Semua dah risau dah sebab takut hujan jer nanti. Tengah-tengah jalan nak bentangkan tikar, dusssshhh... Hujan dah start turun. Mula-mula renyai-renyai jer. Sekali makin lebat pulak hujan turun. Huaaaaa. Lintang pukang kiteorang lari cari pondok tempat nak berteduh. Nasib baik ada. Lega!
gadis-gadis ribena!
Maka endingnya tak dapat lah kami nak picnic yang betul-betul picnic. Hujan sudah. Kiteorang just sembang-sembang, gosip-gosip kat bawah pondok tu jer. Huhu. Sambil ditempias air hujan yang lebat. Haha! Kilat guruh semua ada. Memang dramatic lah! Tapi memang memorable lah sebab dapat pengalaman baru kan. Hihi. Lain kali kita pergi picnic kat tempat lain pulak yer! :)

di bawah sinaran hujan. hehe.
Satu benda jer yang paling aku tak suka bila pergi mana-mana shopping mall kat malaysia kita nie. Pasal TOILET ! Aku paling benci toilet kat shopping mall yang tak ada paip! Majoriti toilet mall sekarang nie just guna paip yang kena sembur-sembur tuh. Eeeeiiii. Tak suka gila. Not my taste ler. Hygiene tu penting yer.

kalau macam nie selera sikit. haha :D
Kesimpulannya kan, kita nie kan dekat negara Malaysia. Bukannya dekat US atau Korea atau Jepun pun. Agak-agak lah kalau nak bina toilet pun, biarlah sepadan dengan taste penduduk kita nie. Orang kita nie bukan macam orang barat. Nak sangat jaga title "international" tu sampai menyusahkan rakyat. Adoi. Perlu ke menyenangkan foreigner yang melawat Malaysia dan menyusahkan kami yang ingin cuti-cuti Malaysia?