Salam readers.
Arinie dah masuk 14 Sya'ban dan malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433. Allah mengampuni dosa-dosa para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini. Antara amalan yang dianjurkan ialah:
✔ Bacaan Yasin sebanyak 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal dan dikekalkan iman sehingga ajal datang menjemput.
✔ Zikir "Ya Allah" 1000 kali.
✔ Atau apa-apa sahaja amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan sebagainya.
"Ya Allah, Engkau ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Panjangkanlah umur kami. Kurniakanlah rezeki yang banyak lagi halal kepada kami dan tetapkanlah iman kami supaya sentiasa berpegang kepada agamu-Mu. Amin.."