.

people in black

Saturday, May 28, 2011

Beringat-ingat sebelum menghadap Ilahi.

Salam readers.

Hey kawan!
Janganlah bangga sangat dengan pakaian awak yang vogue dan mahal tuh.
Sebab nanti pakaian akhir kita adalah kain kapan jer tau.

Hey kawan!
Janganlah bangga dan action sangat dengan sports car or mercedez awak tu.
Sebab kenderaan terakhir kita just van jenazah dan keranda jer tau.

Hey kawan!
Janganlah terlalu happy dengan tempat tidur awak yang empuk dan nyaman tu.
Sebab tempat tidur kita yang abadi adalah di liang lahad nanti.

Hey kawan!
Janganlah pula ego dan riak memiliki rumah agam yang besar macam istana.
Sebab kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua jer tau.

Hey kawan!
Janganlah terlalu angkuh dan megah dengan pangkat yang awak ada.
Sebab nanti bila kita sudah tiada, kita dapat gelaran Al-marhum jer.

Hey kawan!
Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah awak yang cun dan hensem tu.
Sebab bila kita mati nanti, wajah tu akan berubah menjadi tengkorak.

Hey kawan!
Saya cuma bagi nasihat jer.
Sama-samalah kita renungkan yerp.
Moga kita menuju syurga Al-Jannah ! :)

Thursday, May 19, 2011

Ouchh! Sakit ! :(

Salam readers.

Fuyyoo. Dah lame gila aku tak update blog nie. Hello Little Blog, how are you? Huhu. Semalam kan, aku baru jer kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. Yes! Sangat bermakna...

Isk isk isk.. Aku baru jer kehilangan gigi aku. Huwaaaaaa.. Sedihnyer. Semalam aku pergi klinik gigi kat Seksyen 7 tu ha. Klinik kerajaan. Just bayar RM1 jer and u will treat by the doctors nicely. Hehe. Murah kan. Hehe. Gigi aku nie dah lama dah sakit. Pastu semalam aku budget nak tampal jer gigi aku nie. Tapi dentist tu kate yang gigi aku nie dah teruk. Dah memang kena cabut dah. Errrrr..

So nak tak nak aku kena la jugak cabut gigi aku nie. Gigi geraham ok. Camner lar aku nak makan nie nanti. Huhh! Tu la kau Sadiq! Saper suruh tak jage gigi elok-elok.. Kan dah kena cabut. =___=" Sebelum dentist tu mulakan operasi berperang dengan gigi aku nie, dia bius dulu gusi aku nie. Nasib baik. Kalau tak, mahu aku meraung macam orang gila kat situ. Haha.

Then bila dah kebas, perghh aku tak dapat rasa langsung mulut aku. Rase cam dah takde mulut pulak. Huhu. Tak sampai 10 minit camtu, gigi aku dah pun dicabut. Sekejap gila ouh. Memang tak rase sakit. Tak sedar pun bila gigi tu dah tercabut. Hihi. Memang pro betul la dentist tu. Thanks a lot dentist! :)

Bila dah balik rumah, aku tidur jer memanjang. Tiba-tiba jer gigi aku rasa sakit yang amat! Huh. Mungkin sebab ubat bius tu dah habis kowt. Huwaaa.. Sakit dia sampai ke otak! Memang pedihh. Sakitt. Aku nak makan pun tak berapa nak lalu. Tapi lapar. :( Hari nie, dah ok sikit dah. Tapi still rasa tak selesa lagi. Hopefully lepas-lepas nie dah tak sakit lagi dah. Hilang nikmat aku nak makan. Iskk iskk isskk..


Ouh gigi, why you leave me? :(