.

people in black

Friday, December 31, 2010

first january of two thousand eleven

Salam readers!
Hari nie dah masuk dah tahun baru! Alhamdulillah masih mampu dan diberikan rezeki untuk terus bernafas di muka bumi nie. :)
Tahun baru!
Azam baru!
Semangat baru!
Hopefully kita semua dapat mencorakkan lembaran 2011 nie dengan benda-benda yang baik!



Happy New Year World ! :)

Thursday, December 30, 2010

happy birthday mom ! :)

Salam readers.
Tanggal 29 Disember yang lepas merupakan satu tarikh yang amat bermakna kepada mak saya. Hari di mana seorang wanita yang bergelar mak kepada 6 orang cahaya mata menyambut hari lahirnya. Seorang wanita yang begitu tabah, kuat, bersemangat dan penyayang! Itulah beliau yang diberi nama ©Puan Jamilah bt Ahmad© . Bondaku yang tercinta! :)

Nie lah mak saya. Comel kan.. :)

Mak, selamat hari lahir yer!


Sadiq doakan agar mak sentiasa sihat tubuh badan dan dimurahkan rezeki selalu.


Mudah-mudahan ALLAH memberkati kehidupanmu.


I ♥ YOU VERY STRONG MOM! :)

Saturday, December 25, 2010

berdoalah ketika senang dan susah

Kadang-kadang kita berdoa untuk KUAT tapi kenapa banyak DUGAAN?

Kadang-kadang kita minta KETENANGAN tapi MASALAH yang timbul..

Kadang-kadang kita minta KEBAHAGIAAN tapi KEKECEWAAN yang diberi..

DUGAAN menjadikan kita KUAT
MASALAH menjadikan kita BERFIKIR
KEKECEWAAN menjadikan kita TABAH
Hebatnya ALLAH swt !
Semuanya ada hikmah. Kalaulah manusia tahu hadis ini:
Telah berkata Jibril :
"Wahai Tuhan! Kau sampaikanlah hajat hambamu.
Maka ALLAH swt menjawab:
"Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya (doanya).."
(Diriwayatkan oleh Anas bin Malik)


p/s: terharu sungguh bila ALLAH menyatakan bahawa Dia amat mencintai doa-doa kita. Tapi kita? =____="