.

people in black

Tuesday, August 9, 2011

Just a dream.

Salam readers.



Semalam, daku bermimpi akan seorang hamba Allah nie. Seseorang dari kisah lamaku. Dia datang dalam mimpiku dengan memegang erat sejambak bunga di tangan. Tapi tidakku pasti jenis bunga apakah itu? Huhu. Ouh. Personalitinya sangat segak dan sejuk mata memandang.



Sepatutnya daku berasa gembira di atas kedatangannya ke mari. Tapi, apabila jambangan bunga itu dihulurkan kepadaku, daku lalu menepis bunga itu dengan marah sekali. Sungguh benci melihat mukanya yang seakan-akan tidak bersalah itu. Kenangan lama masih tersimpan rapi dalam kotak ingatanku ini. Lalu, daku berlari pergi meninggalkan dia dengan linangan air mata yang amat laju di pipiku.



Dreams



Ketika itu, sekumpulan sahabatku leka memerhatikan kami berdua dari tadi. Mereka dengan pantasnya pergi kepada kisah lamaku itu dan kulihat mulut mereka seperti mengatakan sesuatu. Sesuatu yang aku tidak pasti apekah bual bicaranya. Tidak lama kemudian, kisah lamaku berjalan pantas ke arah ku. Aku hanya mampu melihat raut wajah itu sekali lagi. Dan dia bersuara,



"Nah. Terima lah bunga nie. Jom kita pergi Times Square nak??"



........................









.......................









........................









........................









.........................









...........................



Tuutttt.. Tuuuuuttt.. Tuuuutttt..



Tiba-tiba pulak mak aku call la. Habis mimpi aku tadi. Tak sempat nak tau ape ending die. Grrr. Tapi aku tak kesah pun. Sebab he's not mine. Haha. Camner la aku boleh termimpikan kau eh? Jage diri. =___="



Susah betul la nak lupekan seseorang tu kan. Can I? Urmmm.

Monday, August 8, 2011

Khas buat sahabatku, Sofia Nabila.

Salam readers.


Ape khabar readers sumer? Sihat? Mudah-mudahan kalian diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya dalam bulan Ramadan yang mulia nie. :)


Alhamdulillah hari nie dah masuk hari yang ke 8 umat Islam berpuasa. Puasa tahun nie aku rase best sangat-sangat sebab dapat puasa dengan family tercinta. Woot woot. Dapat bersahur and bukak puasa same-same. Aku rase dah nak dekat 6 tahun gak lar tak dapat puasa sekali dengan family aku. Dari form 1 sampai lah dah masuk asasi. Isk3. Dulu asyik bukak puasa dengan member-member jer. Now, its time for my family! ^_^




* Tapi tibe-tibe aku rindu pulak nak bukak puasa dengan member2 kat maktab. :( *




Tapi, dalam puasa-puasa nie, ade jugak orang yang Allah berikan ujian untuk melihat sejauh mane hamba-Nya itu dapat menanganinya. Sahabatku, Sofia Nabila (Opie). Aku terkejut sangat bila dengar citer yang ayah dia excident hari tu. Ayah die excident and kaki beliau dilanggar oleh lori. Ngeri aku dengar. Sorry tau Opie sebab aku tau berita nie lambat. Nasib baek Syifa' yang bagitau. So sorry. :(



So, hari Jumaat lepas aku ngan Syifa' cadang nak pergi melawat ayah Opie kat Hospital Kuala Lumpur. Doktor kata kaki ayah die kena potong sebab dah ader infection. Tapi ayah die tak mau potong. Sayang nak hilang satu kaki. By the way, nenek Opie pun baru masuk wad jugak. Nenek die tak tahu lagi ader penyakit ape. Opie kate nenek die pun macam dah ingat-ingat lupe dah. Maybe penyakit tua kowt. Kesian aku tengok nenek dia. Terlantar jer kat katil. Sedihh. Muka mak Opie pun dah pucat lesu aku tengok. Maybe sebab penat menjaga suami dan juga mak mertua di hospital. :(



Kat dalam hospital tu, macam-macam ragam pesakit aku tengok. Tapi mostly yang aku nampak semuanya macam yang dah agak berumur. Ya Allah, hanya Dia jer yang tau betapa sebak nye aku rase time kat sana. Then tiba-tiba Opie kata, "Takut pulak aku nanti kan bila dah jadi tua. Kang sape pulak nak jage aku kat hospital nanti?" Terkedu gak lar aku dengar Opie cakap camtu. Terus aku teringat kat parents aku. :(



Pastu pagi tadi (Isnin) Opie bagi mesej.



Korg, hmmm. Abang aku excident. Nenek aku plak kene tukar icu. Jgn kol aku lgi taw. Nnt aku kol korg.



Kecian yer kat Opie. Belum habis masalah lama, masalah baru pulak yang datang. Aku tak dapat bayangkan macam mane lah keadaan dia sekarang nie. Dear Opie, aku harap kau tabah yer dalam menghadapi semua nie. Aku tau dugaan nie berat untuk kau pikul. Kiteorang member-member kau akan selalu doakan yang terbaik untuk ayah, abang ngan nenek kau. Kau jangan sesekali putus asa ok. Berdoa banyak-banyak dalam bulan puasa nie. Mesti ader hikmah di sebalik ape yang berlaku nie. Kalau kau perlukan ape-ape, just tell us. We, SAASHIS are here for you. Aku tau kau kuat Opie! :) Ya Allah, Engkau permudahkan lah segala urusan sahabatku ini Ya Allah. Hanya Engkau lah yang Maha Mendengar. Amin.



Be strong Opie.

Sunday, June 19, 2011

We act like an artist. :D

Salam readers.
Malam semalam kan, actually tengah malam semalam kan, aku dengan member aku, Mira Yoshi sembang-sembang ar kat fb. Mula-mula sembang macam biasa jer. Pastu terus jadik luar biasa. Haha. Cer tengok neyh. :p

See? Luar biasa kan. Haha. Bak kate Yoshi, "Sadiq, kite nie dah macam artis femes pulak!" Huhu. Nie conversation untuk dua orang jer tau. Takde orang ketiga, keempat, kelima mahupun orang keenam. Haha. Target kiteorang just nak cecah sampai 500 comment jer. And we did it! :D
Then tengah hari tadi terkejut beruk Nadh and Wawa tengok wallpost kiteowg. Hihi. Lawak2. :p
Lastly, habis sembang sumer dalam kul 4.15 a.m camtu. Huhu. Memang jadi cam kelawar pulak dah. Huhu. Memang terbaek dari ladang! Peace yooo! :D
p/s: Semput.. Semput.. Semput.. Haha! :D