.

people in black

Friday, June 17, 2011

SLOW. HAHA!

Salam readers.

Huhu. Lame sangat dah tak update blog. Banyak tul benda dah berlaku tapi malas pulak nak conteng-conteng kat sini. Hehe. Akan di update jugak nanti k. By the way, entri nie khas untuk sahabat kecik saye iaitu dr.mira yoshi! Hehe. Sowie tau mira sebab baru nak jawab tag ko nie. Dah bersarang lor blog aku nie. Hihi.

1. Plan hari ini
Nak maen game feberet! The Sims 3! Konfem tak bosan ouh. Hehe.

2. Lagu yang sedang anda dengar sekarang
Airplanes-Bob ft Harley Williams


3. Apakah perkara yang bakal/sedang berlaku yang membuatkan anda bahagia?
Bahagia eh? Confem-confem la holidei 3 bulan nie ha. Lame gila cuti nie. Jom lepak-lepak! Hee. :)


4. Apakah perkara yang anda malas sangat nak fikir atau peduli?
Musuh maybe. Errr.


5. Jika anda diberi peluang untuk ulang balik masa melampau, bila agaknya?
Zaman sekolah menengah dulu. Rindu nyer.. :(


6. Adakah anda sedang jealous dengan seseorang?
Buat mase nie takde lagik. Maybe lepas nie ader kowt. Haha.



7. Siapa yang anda rindu sekarang?
Member-member saye. :D



8. Apa yang boleh buat anda gelak guling-guling sampai air mata keluar?
Tengok Maharajawa Lawak! Haha. Pecah perut.


9. Jika bukan kerja/ kos yang anda ambil sekarang, apakah cita-cita sebenar anda?
Nak jadi doctor or dentist or pharmacist. =____='



10. When was your first couple?
Tak pernah couple la. Ahakz.



11. Sebut 3 ciri lelaki yang anda cari?
  • Mahir ilmu agama
  • Suka berlawak
  • Responsible



12. Apa 3 benda yang paling penting dalam relationship?
  • Kena jujur. Dont lie-lie yerp.
  • Kena setia. Jangan nain kayu tiga. Haha.
  • Always pray to Allah to maintain the happiness in the relationship. :)


13. Siapakah orang pertama yang anda akan cari untuk cerita susah senang anda?
Diary! Eh2, diary tu orang ker? +____+



14. Duit atau IC lagi penting?
IC. Duit pun penting gak. Hehe.



15. Anda lebih suka orang hadiahkan anda teddy bear ataupun chocolate?
Mesti ler teddy bear. Boleh jadi teman time tidow. Ahaks. :p


16. Siapa yang anda nak tag untuk jawab kuiz ni (8 orang)?
Huhu. Sape-sape yang nak buat dipersilakan. :)

TAJUK ENTRI KENE LETAK GELARAN KORUNK MASE SKOLAH DULU.

p/s: Thanks a lot YOSHI for tagged me! Toink toink toink! :DD

Saturday, May 28, 2011

Beringat-ingat sebelum menghadap Ilahi.

Salam readers.

Hey kawan!
Janganlah bangga sangat dengan pakaian awak yang vogue dan mahal tuh.
Sebab nanti pakaian akhir kita adalah kain kapan jer tau.

Hey kawan!
Janganlah bangga dan action sangat dengan sports car or mercedez awak tu.
Sebab kenderaan terakhir kita just van jenazah dan keranda jer tau.

Hey kawan!
Janganlah terlalu happy dengan tempat tidur awak yang empuk dan nyaman tu.
Sebab tempat tidur kita yang abadi adalah di liang lahad nanti.

Hey kawan!
Janganlah pula ego dan riak memiliki rumah agam yang besar macam istana.
Sebab kita kena ingat, rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua jer tau.

Hey kawan!
Janganlah terlalu angkuh dan megah dengan pangkat yang awak ada.
Sebab nanti bila kita sudah tiada, kita dapat gelaran Al-marhum jer.

Hey kawan!
Janganlah terlalu bangga dan berlagak dengan wajah awak yang cun dan hensem tu.
Sebab bila kita mati nanti, wajah tu akan berubah menjadi tengkorak.

Hey kawan!
Saya cuma bagi nasihat jer.
Sama-samalah kita renungkan yerp.
Moga kita menuju syurga Al-Jannah ! :)

Thursday, May 19, 2011

Ouchh! Sakit ! :(

Salam readers.

Fuyyoo. Dah lame gila aku tak update blog nie. Hello Little Blog, how are you? Huhu. Semalam kan, aku baru jer kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup aku. Yes! Sangat bermakna...

Isk isk isk.. Aku baru jer kehilangan gigi aku. Huwaaaaaa.. Sedihnyer. Semalam aku pergi klinik gigi kat Seksyen 7 tu ha. Klinik kerajaan. Just bayar RM1 jer and u will treat by the doctors nicely. Hehe. Murah kan. Hehe. Gigi aku nie dah lama dah sakit. Pastu semalam aku budget nak tampal jer gigi aku nie. Tapi dentist tu kate yang gigi aku nie dah teruk. Dah memang kena cabut dah. Errrrr..

So nak tak nak aku kena la jugak cabut gigi aku nie. Gigi geraham ok. Camner lar aku nak makan nie nanti. Huhh! Tu la kau Sadiq! Saper suruh tak jage gigi elok-elok.. Kan dah kena cabut. =___=" Sebelum dentist tu mulakan operasi berperang dengan gigi aku nie, dia bius dulu gusi aku nie. Nasib baik. Kalau tak, mahu aku meraung macam orang gila kat situ. Haha.

Then bila dah kebas, perghh aku tak dapat rasa langsung mulut aku. Rase cam dah takde mulut pulak. Huhu. Tak sampai 10 minit camtu, gigi aku dah pun dicabut. Sekejap gila ouh. Memang tak rase sakit. Tak sedar pun bila gigi tu dah tercabut. Hihi. Memang pro betul la dentist tu. Thanks a lot dentist! :)

Bila dah balik rumah, aku tidur jer memanjang. Tiba-tiba jer gigi aku rasa sakit yang amat! Huh. Mungkin sebab ubat bius tu dah habis kowt. Huwaaa.. Sakit dia sampai ke otak! Memang pedihh. Sakitt. Aku nak makan pun tak berapa nak lalu. Tapi lapar. :( Hari nie, dah ok sikit dah. Tapi still rasa tak selesa lagi. Hopefully lepas-lepas nie dah tak sakit lagi dah. Hilang nikmat aku nak makan. Iskk iskk isskk..


Ouh gigi, why you leave me? :(